Sabtu, 24 Oktober 2009

Teknologi Blu-Ray! :-D


Kebanyakan movie² yang dijangka box-office kini terus dijual dalam disk Blu-Ray. Tiada lagi dalam DVD, VCD mahupun VHR (video tape). Aku dulu malas nak ambil kisah tentang Blu-Ray ni. Bagi aku, sama saja, kerana selepas VCD, akhir sekali DVD. Tapi kini Blu-Ray lain, teknologi terkini yang dapat mempersembahkan movie yang cantik, yang resolution HD (High Defination). Aku dapat merasakan kelainannya, dari segi gambar mahupun visual audionya. Kiranya puas hati. Tak perlu lagi nak ke pawagam. Tengok di rumah lagi bagus. Sekarang ni banyak movie² lama telah dipindah ke format HD. Dijual dalam disk Blu-Ray! Juga setakat ni, belum ada lagi disk Blu-Ray disalin dalam cetakrompak. (Blu-Ray kini penyelamat movie² daripada dicetakrompak).


Sabtu, 16 Mei 2009

Selamat Hari Guru! :-)

Hari ini merupakan HARI GURU sedunia. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru, cikgu, teachers, ustaz, ustazah, pensyarah, sifu, tutor dan semua pendidik. Terima kasih tak terhingga kerana mendidik saya menjadi insan yang berguna. Jasamu dikenang! :-)

(Istimewa buat teacher Miss Rokiah Ahmad) :-)

Ahad, 19 April 2009

Satu permulaan

Telah bermacam kesilapan yang dilakukan oleh aku dalam merekabentuk blog ini. Akhirnya telah siap, tetapi seperti kata pepatah melayu, rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi lagi. Aku juga begitu, masih belum puas hati apa yang dihasilkan dalam blog. Sebarang teguran aku terima (yang membina saja tau!). Kini aku rajin melayari blog-blog yang terdapat dalam internet, untuk sebagai rujukan, mahupun mendapat idea penghasilan yang lebih baik. :-)