Sabtu, 26 Jun 2010

Bestnye jadi pemain bola…. :-)


Sana sini orang bercerita pasal bola. Ye la, sekarang ni musim bola. Kejohanan Piala Dunia atau World Cup. Masing² dengan pasukan pilihan, yang mengharapkan menjadi juara Piala Dunia. Bagaimana dengan pemain² bolasepak? Sudah tentu rasa berat menggalas harapan yang tinggi dari peminat² bolasepak. Menang disanjung, seri dengan pasukan bukan pilihan dicemuh. Apatah lagi kalau kalah. Haru dibuatnya.

Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, beza waktu dengan Malaysia 6 jam. Maknanya perlawanan akhir bermula jam 0230 pagi. Terpaksa lah saya tidur awal, untuk menyaksi aksi hebat yang terakhir & melihat pasukan negara mana yang menjulang.

Ramai yang bertanya pada saya, pasukan mana yang jadi juara? Saya pilih Brazil, sebab saya yakin dengan Brazil. Brazil, pasukan yang sangat hebat persembahan permainannya. Tanpa penglibatan Brazil dalam pusingan akhir Piala Dunia, tiada makna kejohanan tersebut. Selain Brazil, saya sokong pasukan perak, Argentina. Saya menyatakan sokongan ini kepada rakan² Facebook saya dari Argentina. Mereka gembira dengan sokongan saya.

Bestnya jadi pemain bolasepak. Berlatih & bermain bola sahaja. Pelbagai imbuhan dapat. Malah jadi terkenal, sama dengan artis. Tak payah fikir pasal kerja² pejabat. Tak payah fikir macam mana nak cari side-income. Fikir saja mahu menang. Berlari sana sini kejar bola, badan jadi sihat…. J

Isnin, 17 Mei 2010

Saya Jarang Guna Twitter

Laman web sosial yang popular di dunia buat masa ini, Facebook kini boleh dilayari di handphone pintar. Kebanyakan handphone ini dilengkapi dengan applikasi Facebook & Twitter. Twitter? Bila saya tanya pada mereka yang ada handphone ini, guna atau tidak Twitter, jawapannya tidak. Mereka tidak mengguna Twitter, lebih suka menggunakan Facebook. Cukuplah dengan Facebook, Myspace & Friendster; kata mereka. Saya ada account Twitter, tapi jarang menggunakannya. Tapi Twitter cukup popular penggunaannya di kalangan artis & orang² kenamaan. Twitter berbentuk hebahan, cukup ringkas dalam membuat hebahan. 140 huruf sahaja yang boleh diisi. Tak ubah macam SMS. Perkataan yang panjang terpaksa dipendekkan. Kepada sesiapa yang tak faham tentang perkataan Inggeris yang dipendekkan dalam Twitter, terpaksalah tanya pada mereka yang tahu. J

Selasa, 11 Mei 2010

Blog Diubah Lagi

Aku ubahsuai lagi blog ni. Sesuai dengan keadaan semasa. Aku banyak melayari blog², untuk membuat perbandingan & contoh. Mana yang ada manfaatnya, aku bookmark. Akhirnya, setelah meneliti blog², aku membuat keputusan, menghasilkan blog sebegini, ringkas & simple. Blog ini hasil daripada luahan hati aku sendiri.... :-)