

Sana sini orang bercerita pasal bola. Ye la, sekarang ni musim bola. Kejohanan Piala Dunia atau World Cup. Masing² dengan pasukan pilihan, yang mengharapkan menjadi juara Piala Dunia. Bagaimana dengan pemain² bolasepak? Sudah tentu rasa berat menggalas harapan yang tinggi dari peminat² bolasepak. Menang disanjung, seri dengan pasukan bukan pilihan dicemuh. Apatah lagi kalau kalah. Haru dibuatnya.
Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, beza waktu dengan Malaysia 6 jam. Maknanya perlawanan akhir bermula jam 0230 pagi. Terpaksa lah saya tidur awal, untuk menyaksi aksi hebat yang terakhir & melihat pasukan negara mana yang menjulang.
Ramai yang bertanya pada saya, pasukan mana yang jadi juara? Saya pilih Brazil, sebab saya yakin dengan Brazil. Brazil, pasukan yang sangat hebat persembahan permainannya. Tanpa penglibatan Brazil dalam pusingan akhir Piala Dunia, tiada makna kejohanan tersebut. Selain Brazil, saya sokong pasukan perak, Argentina. Saya menyatakan sokongan ini kepada rakan² Facebook saya dari Argentina. Mereka gembira dengan sokongan saya.
Bestnya jadi pemain bolasepak. Berlatih & bermain bola sahaja. Pelbagai imbuhan dapat. Malah jadi terkenal, sama dengan artis. Tak payah fikir pasal kerja² pejabat. Tak payah fikir macam mana nak cari side-income. Fikir saja mahu menang. Berlari sana sini kejar bola, badan jadi sihat…. J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan